NasionalNegeri

JKDM tumpaskan seludup ganja RM649, 300 di Kuala Perlis

KE laut bukan untuk tangkap ikan. Sebaliknya digunakan sampan ini untuk menyeludup dadah jenis ganja seberat 150 kilogram (kg) bernilai RM649, 300 sebelum ia diedarkan kepada 750,000 penagih dadah.

Bagaimanapun Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis telah berjaya menumpaskan penyeludupan dan pengedaran dadah ini hasil dari pemantauan selama hampir sebulan terhadap pergerakan bot-bot yang merentasi sempadan laut antara Malaysia – Thai berhampiran perairan Kuala Perlis.

Ismail (tengah) bersama pasukannya menunjukkan dadah jenis ganja seberat 150kg yang dirampas oleh pasukannnya.

Pengarah JKDM Perlis, Ismail Hashim berkata, pada 16 Ogos lalu, lebih kurang pukul 7.50 pagi, anggota marin kastam dari Cawangan Penguatkuasaan/Marin Kuala Perlis telah melakukan serbuan ke atas sebuah sampan fiber berwarna hijau kuning.

“Bot tanpa nombor pendaftaran ini telah ditinggalkan berdekatan jeti nelayan di muara sungai berhampiran Kampung Bahagia, Kuala Perlis,” katanya pada sidang media di Pejabat JKDM Kuala Perlis hari ini.

Ismail berkata, selepas setengah jam menunggu maka pasukan ini bertindak menjalankan pemeriksaan menyeluruh ke atas sampan yang ditinggalkan ini.

Sebahagian dari dadah yang dipercayai ganja yang telah dimampatkan sebelum diseludup.

Beliau berkata, sebanyak tujuh kotak kertas yang dibungkus dengan plastik hitam telah disembunyikan di dalam ruang khas pada bahagian dalam badan sampan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan lanjut telah ditemui 150 ketulan mampat yang disyaki ganja,” katanya.

Katanya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Beliau berkata tiada sebarang tangkapan dilakukan kerana jurumudi sampan tersebut telah melarikan diri.

Ismail menunjukkan lubang di dalam sampan di mana telah disembunyikan dadah jenis ganja seberat 150kg.

“Kemungkinan suspek telah dimaklumkan oleh tonto yang digunakan oleh sindiket ini bagi mengesan pergerakan anggota penguatkuasaan,” katanya.

Ismail berkata, sampan dan satu unit enjin sangkut yang bernilai RM40,000 juga telah disita. – SM

(Visited 89 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button