NasionalPolitik

Wawasan FELDA Baharu jamin masa depan generasi muda FELDA – Muhyiddin

BAGI menjamin masa depan generasi muda FELDA, Perikatan Nasional (PN) menerusi Tawaran PN Best, sekurang-kurangnya empat inisiatif telah digariskan dan dibentangkan dalam manifesto PN.

Antaranya, kewujudan peluang ekonomi baharu, keusahawanan serta menambah baik infrastruktur asas termasuk capaian internet dan rumah mampu milik menjadi antara wawasan FELDA Baharu.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PN juga akan meletakan fokus untuk menyelamatkan projek perumahan generasi baharu FELDA terbengkalai yang berpotensi untuk dibaik pulih.

“Selain itu, PN akan perkenalkan skim keusahawanan FELDA bagi menggalakkan penglibatan usahawan muda dalam aktiviti pertanian bernilai tinggi melalui penggunaan teknologi terkini dan automasi.

“Dalam masa sama, usaha memulihkan FELDA supaya prestasinya setanding dengan syarikat perladangan kelapa sawit berprestasi tinggi bagi menjamin kesejahteraan peneroka terangkum dalam Tawaran PN Best,” katanya.

Perkara itu diumumkan Muhyiddin dalam Tunjang 11 menerusi Tawaran PN Best yang mula diperkenalkan kepada seluruh rakyat Malaysia, malam tadi. – SM

(Visited 217 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button