Nasional

Nurulhidayah dan suami didakwa Selasa

DATUK Nurulhidayah Ahmad Zahid dan suami, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff akan dituduh di mahkamah Selasa ini atas dakwaan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed ketika mengesahkan perkara itu berkata anak dan menantu Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur.

“Perkara itu diputuskan pihak Jabatan Peguam Negara,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Bukit Aman, hari ini seperti yang dilaporkan BERNAMA.

Terdahulu, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) JSJ Bukit Aman dan polis mengambil keterangan daripada kedua-dua mereka pada 24 April.

Huzir berkata kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan pihaknya telah mendapat arahan untuk menuduh kedua-duanya mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.3) 2020.

Beliau menegaskan tiada sesiapa pun yang akan terlepas daripada sebarang tindakan sekiranya didapati dengan sengaja melanggar apa juga undang-undang negara.

Nurulhidayah dan suami telah diambil keterangan pada 24 April lepas. Kertas siasatan dirujuk ke pejabat Peguam Negara dan telah mendapat arahan untuk menuduh di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa dan Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 kerana melakukan pergerakan tanpa kebenaran terhadap Nurulhidayah dan suaminya itu.

Nurulhidayah, 41, dipanggil untuk siasatan selepas memuat naik beberapa gambarnya bersama suami melawat dua orang kenamaan di laman Instagramnya ketika kerajaan melaksanakan PKP bagi mencegah pandemik COVID-19.

Gambar itu dimuat naik dengan keterangan: “Selepas Selesai dengan YB Menteri Hal Ehwal Agama, kami ke Kementerian Alam Sekitar untuk berjumpa YB Datuk (Ahmad) Masrizal (Muhammad), Timbalan Menteri bertukar-tukar pendapat dan cadangan adalah cara saya dan YB Datuk Dr Masrizal sejak dahulu menjadi Setiausaha Politik kepada abah @AhmadZahidHamidi tidak berapa lama dahulu. A dear friend to our family.”
(Visited 322 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button