EkonomiKesihatanpilihan

KKM luluskan ganja untuk perubatan, terus ada yang usulkan mahu buka ladang!

MALAYSIA membenarkan penggunaan beberapa produk perubatan mengandungi kanabis atau ganja yang dikenali sebagai cannabidiol (CBD).

Perkara itu telah diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairi Jamaluddinsekali gus menyatakan perubatan tersebut akan bermula tahun depan.

Namun menurutnya, produk tersebut hanya boleh diguna pakai bagi tujuan perubatan dan diperoleh melalui preskripsi doktor dan klinik serta hospital.

Walaupun kerajaan sudah menghalalkan produk tersebut namun jelasnya produk tersebut tidak boleh dibeli dari mana-mana pihak.

Kerajaan juga akan membuka pendaftaran produk CDB serta menggariskan syarat-syarat untuk mendapatkan produk tersebut.


Dalam rangka kerja itu, ia menggariskan mengenai pendaftaran produk CBD serta pelbagai perkara perlu diberi perhatian antaranya membabitkan aspek keselamatan, keberkesanan dan pendidikan.

Khairy berkata, pihaknya juga sentiasa berhati-hati dengan pelaksanaan rangka kerja itu dengan merujuk syarat dan amalan dari antarabangsa termasuk kajian penyelidik tempatan dan bersandarkan data saintifik.

Khairy turut mendedahkan, beliau ada menerima beberapa kertas kerja daripada segelintir pihak yang mahu membuka landang ganja bagi tujuan penawaran.

Namun perkara itu belum diputuskan kerana perjalanan masih jauh dan perlu berhati-hati selain banyak aspek yang perlu dilihat termasuk penerimaan pesakit terlebih dahulu.

“Langkah pertama, kita daftar beberapa produk dahulu dan kita tengok penerimaan pesakit.

“Selepas itu kalau sekiranya penerimannya tinggi, besar, selamat dan berkesan, barulah kita boleh fikir soal penanaman,” katanya.

Tambah Khairy, keputusan membenarkan produk CBD juga tidak perlu melalui mana-mana peruntukan akta mahupun kelulusan di Parlimen.

Dari segi kelulusan produk CBD, Khairy berkata, produk-produk akan diusulkan oleh syarikat-syarikat farmaseutikal dan dinilai NPRA sebelum didaftarkan pada tahun depan. – SM

(Visited 664 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button