BeritaEkonomi

CEO Prasarana digantung tugas

LEMBAGA Pengarah Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dilapor menggantung tugas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) firma itu, Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussein, 55, atas alasan ‘prestasi kurang memuaskan’.

Difahamkan, penggantungan tugas tersebut berikutan ‘ketidakpuasan hati orang awam’ terhadap perkhidmatan aliran transit ringan (LRT) yang dikendalikan syarikat milik negara itu.

Menurut sebuah portal berita, tugas Mohamed Hazlan dipangku oleh Ketua Pegawai Operasi Prasarana, Nizam Alias.

Bagaimanapun sehingga kini, firma kerajaan  tersebut masih belum membuat pengumuman rasmi mengenai perubahan yang berlaku.

Mohamed Hazlan dilantik menerajui Prasarana pada 3 September 2018.

Sementara itu, CEO Kumpulan Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB), Raja Azmi Raja Nazuddin telah meletakkan jawatannya, selepas mengambil alih tugas itu sejak 4 Januari 2019.

Bursa Malaysia melaporkan, keputusan meletak jawatan semalam itu berkuat kuasa serta-merta.

Kenyataan MAHB menjelaskan Raja Azmi, 53, melepaskan jawatan tersebut bagi tujuan ‘mencari peluang-peluang baharu’.

Kekosongan itu akan diisi oleh Ketua Pegawai Operasi MAHB, Mohd. Shukrie Mohd. Salleh.

(Visited 712 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button