fbpx
BeritaNasional

Pemandu maut kemalangan kereta-lori di Sungai Siput

SEORANG lelaki maut apabila kereta dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Rimba Panjang di Sungai Siput hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada pukul 2.49 petang.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta dan sebuah lori.

“Pemandu kereta, Suhaimi Rahim, 51, dari Klebang Putera disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.


“Operasi mengeluarkan mangsa sedang dijalankan,” katanya. – Perak Gazette

Gambar Ihsan JBPM

Show More

Related Articles

Back to top button