KesihatanNasionalParlimen

Dr Zaliha bentang Kertas Putih Kesihatan di Dewan Rakyat

MENTERI Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa membentangkan Kertas Putih Kesihatan untuk dibahas dan diluluskan di Dewan Rakyat, hari ini.

Dokumen itu memperincikan cabaran dihadapi sektor kesihatan serta dasar, strategi, dan hala tuju reformasi sistem kesihatan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 15 tahun akan datang.

“Kertas Putih bertujuan bagi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan rakyat supaya ia relevan dengan keperluan semasa dan masa hadapan

“Ia selaras dengan usaha kerajaan untuk membina sebuah negara sihat supaya sistem kesihatan berdaya tahan untuk jangka panjang melalui kertas putih,”katanya ketika membentangkan Kertas Putih di Dewan Rakyat, pagi tadi.

Kertas putih kesihatan yang dimulakan kerajaan terdahulu menggariskan empat tonggak dan 15 strategi reformasi kesihatan bagi mewujudkan satu sistem kesihatan yang memfokuskan kepada perkhidmatan pencegahan dan promotif supaya rakyat kekal sihat dan sejahtera.

Sebelum ini, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berharap pelaksanaan kertas putih kesihatan dan Dasar Generasi Penamat (GEG) menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok dapat diteruskan oleh penggantinya.

Beliau berkata, ia berikutan dokumen berkenaan penting untuk reformasi sistem kesihatan negara jangka panjang. – SM

(Visited 178 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button