Nasional

Bantuan pulse oximeter, termometer, kit ujian Covid kepada keluarga B40

Kerajaan akan mengagihkan sebuah pulse oximeter dan sebuah termometer kepada Keluarga Malaysia kategori B40.

Bantuan dengan peruntukan lebih RM471.6 juta itu merupakan Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) sebagai usaha memastikan keluarga B40 bebas dari jangkitan COVID-19.

Setiap keluarga juga akan menerima empat pek pelitup muka guna semula sebanyak dan empat kit ujian kendiri COVID-19.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bantuan itu antara lain bertujuan untuk meringankan beban kewangan perbelanjaan isi rumah B40.

Melalui bantuan tersebut keluarga berkenaan dapat melatih diri membudayakan norma baharu sekaligus membantu melindungi keluarga mereka daripada jangkitan virus COVID-19.

“Pemberian PPC buat masa ini akan dimulakan dengan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sudah berkeluarga.

“Mereka ini adalah dalam kalangan isi rumah B40 yang sudah berkahwin dengan ada atau tidak mempunyai anak; ataupun ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak,” kata Ismail Sabri dalam satu kenyataan.

Inisiatif tersebut dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 3.6 juta keluarga B40. Secara keseluruhan terdapat 8.4 juta penerima BPR.-SM

(Visited 272 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button