Kesihatan

Jual air balang dalam akuarium bukanlah idea yang bijak untuk peniaga

Baru-baru ini telah tular beberapa peniaga menjual air balang mengunakan bekas akuarium dan perkara itu menjadi bualan orang ramai sehingga mengundang kerisauan jika ia terus menjadi trend.

Walaupun kelihatan unik dan menarik namun ia mempunyai impak yang tidak baik kepada kesihatan di mana boleh mengundang kanser kerana terdapat bahan kimia dalam bekas akuarium tersebut.

Hentikan jualan air balang di akurium

Oleh itu Kementerian Kesihatan (KKM) melarang penggunaan akurium sebagai bekas peyimpanan air untuk jualan kerana berkemungkinan mengandungi bahan kimia dan memberi kesan kepada kesihatan pembeli.

Menurut Ketua Pengarah. Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, tindakan menjual air menggunakan bekas itu bukan tujuan makanan, ia berfungsi sebagai bekas memilahara ikan adalah satu kesalahan di bawah Peraturan 31, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“Akuarium kebiasaannya diperbuat daripada bahan kaca atau acrylic atau plastik dan berkemungkinan mengandungi bahan kimia seperti plumbum atau phthalates yang boleh larut dalam air seterusnya mencemarkan air, sekali gus boleh mengakibatkan kesan kepada kesihatan.

“Akuarium kebiasaannya diperbuat daripada bahan kaca atau acrylic atau plastik dan berkemungkinan mengandungi bahan kimia seperti plumbum atau phthalates yang boleh larut dalam air seterusnya mencemarkan air, sekali gus boleh mengakibatkan kesan kepada kesihatan.” Jelasnya.

BACA Guna akuarium sebagai balang jual air dilarang

Beliau juga mengingatkan kepada penjual dan pengguna untuk memandang serius serta memastikan makanan yang dijual selamat dan berkualiti untuk semua.

“Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, mereka boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melayari laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook BKKM www.facebook.com/bkkmhq,” katanya.

 

KKM tubuh jawatankuasa khas tangani isu doktor kontrak

BACA ‘Abang Laksa’ pencetus “air akuarium” di Bazar Ramadan Arau

(Visited 67 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button