NegeriRencah Hidup

‘Abang Laksa’ pencetus “air akuarium” di Bazar Ramadan Arau

SEMUA penjual air sibuk mempromosi air balang dalam pelbagai perisa, tetapi ada peniaga yang mahukan kelainan apabila muncul sebagai pencetus “air akuarium”.

Akuarium bukan lagi tempat ikan berenang tetapi dipenuhi dengan pelbagai jenis air yang membuatkan sesiapa yang terpandang pastinya akan terus tertarik untuk membeli.

Kelainan bekas air itu bukan sahaja telah mencuri tumpuan para pengunjung ei Bazar Ramadan Arau, Perlis malah telah menjadi viral ke seluruh negara.

Jelas pencetus “air akuarium” ini, Mohd Mustakim Hashim, 31, dari Bintong, Kangar ini, matlamat asal dia membeli akuarium bagi menggantikan balang biasa yang digunakan untuk menjual air kerana harganya jauh lebih murah dan juga saiz yang lebih besar.

“Sebenarnya saya cuma beli sebuah akuarium sahaja yang telah digunakan selama lapan hari semasa Bazar Ramadan pada tahun lalu,” katanya.

Katanya, tahun ini dia menambah sebuah lagi akuarium kerana setiap hari dia menjual dua jenis air.

“Jadi pelanggan boleh menikmati air yang berlainan pada setiap hari,” katanya yang menjual “air akuarium” hanya di bulan Ramadan.

Di luar Ramadan, Mustakim adalah sepenuh masa sebagai peniaga laksa.

Beliau mengaku lebih dikenali sebagai “Abang Laksa” oleh pelajar-pelajar kerana berniaga makanan ini di Kolej Dahlia, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Arau.

Bagaimanapun dia juga menjual laksa pada Bazar Ramadan bersebelahan “air akuarium” dengan dibantu abangnya, Mohd Akmal, 35 dan sepupu Shahrulniza Musa, 40.

Katanya, pelanggan yang membeli dua bungkus laksa akan diberikan percuma sebungkus air.

Beliau juga menjual air sebungkus RM3 tapi jika dibeli dua bungkus pula harganya RM5 dan setiap pembelian selepas pukul 6.45 petang pula RM5 untuk tiga bungkus.

Semasa Suara Merdeka membuat tinjauan, Mustakim menjual air jagung dan sarsi campur dengan cincau (lengkong).

Bagaimanapun katanya, setakat ini dia menjual enam jenis air antaranya vanilla yang dicampur dengan sagu warna-warni dan cincau, buah naga, jambu batu dan sirap bandung cincau. – SM

(Visited 434 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button