NasionalNegeriTravel

Rakyat Thai dipelawa ke Perlis rasai pengalaman “Undeniable Charm’’ – Raja Muda

RAKYAT Thai dipelawa sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025 untuk menginap di Perlis bagi merasai sendiri pengalaman “Undeniable Charm’’ yang unik dan menarik di negeri ini.

Apa yang menarik perjalanan ke sempadan melalui jalan darat ini hanya mengambil masa selama 45 minit.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berucap semasa merasmikan Festival Malaysia 2023 anjuran Vinspire Sdn Bhd di Central Hatyai, Hatyai semalam.

“Sila datang sambil berpeluang untuk mecuba makanan dan juadah kami sambil melawat ke tempat-tempat pelancongan yang menawan,” titah Raja Muda Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah demikian ketika berkenan melakukan perasmian Festival Malaysia 2023 anjuran Vinspire Sdn Bhd di Central Hatyai, Hatyai semalam.

Berkenan hadir Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi, Gabenor Songkhla, Somnuk Promkeaw, 1. Datuk Bandar Hatyai, Pol. Lt. Gen. Sakorn Thongmunee dan
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor.

Baginda bertitah, festival ini merupakan kerjasama di antara Malaysia dan Thailand.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan dipersembah maklum oleh Pengarah Tourism Malaysia Bangkok, Madzwin Zainal Abidin sempena perasmian Festival Malaysia 2023 anjuran Vinspire Sdn Bhd di Central Hatyai, Hatyai semalam.

“Ia bukan sahaja menampilkan bukan sahaja produk buatan tangan tempatan oleh usahawan tempatan, tetapi juga meningkatkan pelancongan dan budaya bagi kedua-dua negara,” titah Baginda.

Sempena dengan festival ini terdapat reruai yang menyediakan maklumat oleh Agensi Pelancongan, Tourism Malaysia Bangkok, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Perlis bagi promosi Tahun Melawat Perlis 2024-2025 dan juga jualan produk makanan sejuk beku. – SM

(Visited 99 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button