Nasional

Kementerian Kesihatan kesan 99 kes varian baharu yang membimbangkan

KEMENTERIAN Kesihatan telah mengesan 99 kes baharu varian yang membimbangkan (VOC) melalui analisis terhadap kes positif Covid-19 antara 3 Januari hingga semalam

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 91 adalah varian Delta dan lapan lagi varian Omicron.
Katanya, makmal Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Molecular Biology Institute (UMBI) mengenal pasti 48 kes baharu VOC membabitkan 44 kes varian Delta (B.1.617.2) dan empat kes varian Omicron (B.1.1.529).
Sementara Institut Genom Malaysia (MGI) pula katanya, mengenal pasti 47 kes baharu VOC varian Delta.

Selain kata beliau, Institut Kemahiran dan Perubatan Komuniti Universiti Malaysia Sarawak (IHCM-UNIMAS) mengenal pasti tiga kes baharu VOC varian Omicron, sementara Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) mengenal pasti satu kes baharu VOC varian Omicron.

“Lapan kes baharu varian Omicron yang dilaporkan membabitkan enam kes jangkitan import dengan lima kes jemaah umrah dari Arab Saudi dan satu kes pengembara dari Turki serta dua kes jangkitan tempatan.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti virus SARS-CoV-2 dikategorikan sebagai VOC dan varian mendapat perhatian (VOI) adalah 5,760 kes.

“Daripada jumlah itu, 5,740 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

(Visited 195 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button