Nasional

PM adakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi DBKL

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pagi tadi.

Dalam catatannya di Facebook, Perdana Menteri berkata, beliau dengar beberapa taklimat serta penerangan terkait pengurusan dan hal ehwal DBKL.

“Saya turut mengadakan pertemuan dengan semua Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi membincangkan beberapa perkara dasar dan usaha bagi mendepani permasalahan miskin bandar, “ katanya.

Beliau menegaskan, tekad utama pentadbiran ketika ini adalah usaha membantu meringankan beban hidup rakyat. – SM

(Visited 297 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button