Nasionalpilihan

Ditetak rakan sekerja kerana bercakap kuat di telefon

HANYA kerana bercakap terlalu kuat di telefon, seorang lelaki parah ditetak rakannya dalam satu kejadian di Taman Nusa Bestari , Johor petang semalam.

Difahamkan, akibat kejadian itu, mangsa, 37 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai perabot mengalami kecederaan parah di tangan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.15 petang.

“Kita menerima laporan berkaitan pergaduhan dan setibanya di lokasi bilik sewa berkenaan, seorang lelaki telah ditemukan berlumuran darah di kepalanya.

“Siasatan awal mendapati, mangsa ditetak rakan sebiliknya sendiri dengan tiga kesan tetakan di kepalanya,” katanya.

Menurut  Dzulkhairi, punca kejadian difahamkan akibat mangsa enggan menerima teguran suspek. Sebaliknya, mangsa telah memarahi suspek dengan kata-kata kesat.

Jelasnya, suspek yang tidak berpuas hati telah mengeluarkan parang dari dalam seluanya sebelum menetak mangsa yang ingin keluar dari bilik.

Dzulkhairi berkata, hasil siasatan mendapati mangsa mempunyai 15 rekod lampau berkaitan dadah.

Katanya, mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru serta berada di dalam keadaan stabil.

“Suspek yang berusia 23 tahun bagaimanapun berjaya ditahan dilokasi sama.

“Mangsa mempunyai 15 rekod jenayah lampau berkaitan dadah manakala suspek pula tidak mempunyai sebarang rekod jenayah,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Suspek akan di bawa ke mahkamah Johor Bahru bagi proses tahanan reman. -SM

(Visited 245 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button