Politik

Kita perlu bersihkan politik Malaysia-Isham Jalil

KETUA Penerangan Barisan Nasional (BN) Negeri Selangor berkata, “Saya sokong. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata cadangan akta pembiayaan politik akan dibentang di kabinet kelak.”

Pandangan Isham dinyatakan baru-baru ini dengan menyatakan sebab-sebab mengapa beliau berpendirian begitu.

Kata Isham, “Sudah lama saya bawa dan perjuang perkara ini. Saya pernah tulis berkenaan hal ini dan masalah politik wang dalam buku saya pada tahun 2018 bertajuk “Halatuju Orang Melayu dan UMNO pasca 9 Mei 2018”.

“Sebelum 2018, ketika saya dalam kerajaan, kerajaan BN pernah bawa cadangan akta pembiayaan politik ke Parlimen sebanyak dua kali. Tetapi cadangan ini telah ditolak oleh Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) terutama DAP dan PKR.”

Jelas Isham, pada tahun lepas, dalam satu forum antarabangsa berkenaan politik dan rasuah, beliau pernah bertanya Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, apa jadi kepada janji mereka untuk buat reform berkenaan pembiayaan politik setelah PH ambilalih kerajaan.


“Dia kata, ia ada dibincang tetapi tidak diteruskan dan perkara itu “fizzled out” atau dilupakan begitu sahaja,” jawab Teresa.

Ujar Ishan, rasuah bukan hanya eksklusif kepada sesuatu parti. Apabila pembangkang jadi kerajaan pada tahun 2018, ramai pemimpin mereka ditangkap dan didakwa kerana makan rasuah.

Kata Isham lagi, Lim Guan Eng pernah dituduh dan didakwa atas tuduhan rasuah sebelum dilepaskan oleh Peguam Negara.

“Anwar Ibrahim pernah dipenjara selama 6 tahun atas lima pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa ketika dia menjadi Timbalan Perdana Menteri.

“Baru-baru ini Syed Saddiq juga ditangkap dan didakwa atas tuduhan salah guna kuasa melibatkan wang berjuta ringgit walaupun dia baru setahun jagung jadi menteri.

“Kini transformasi dalam pembiayaan politik ini semakin dekat menjadi dasar. Saya harap ia akan menjadi kenyataan.”

Kata Isham, kita perlu bersihkan politik Malaysia. – SM

(Visited 101 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button