Politik

PRN Johor 12 Mac: Teruskan atau ditunda-PH

Kes Covid-19 naik mencanak-canak

SERAM tengok catatan kes harian Covid-19 sejak kebelakangan ini semakin hari semakin meningkat dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pula akan diadakan pada 12 Mac nanti dengan mengambil kira hari penamaan calon pada 26 Februari ini dan hari mengundi awal, 8 Mac.

Perasaan berbelah bahagi sama ada setuju atau tidak PRN Johor diteruskan tetapi kalau ditanya kepada Pakatan Harapan (PH), mereka mahu PRN Johor ditunda.

Bukan PH sahaja yang memandang serius gelombang Covid-19 yang disebabkan varian Omicron apabila jumlah kes harian melambung atau naik mencanak.

Semalam, Khamis, kes baharu Covid-19 mencatat 19,090 dan itu bukan palsu!

Situasi kes Covid-19 tidak digunakan untuk tujuan politik sebaliknya Kerajaan harus juga mempertimbangkan keadaan semasa termasuk perlu atau tidak menunda PRN Johor.

Kalau ikutkan pembangkang, PH punya permainan meminta Kerajaan tunda PRN Johor, amat halus kerana jika kerajaan enggan menunda PRN tersebut dan mahu diteruskan juga, maka PH mahu bersikap fleksibel dengan membenarkan kempen dibuat secara terbuka seperti mengadakan ceramah.

Itu alaman di negara-negara Barat kata PH dan apakah Malaysia perlu berkiblatkan negara barat dalam perkara membenarkan cerama jika kerajaan mengambil keputusan meneruskan PRN Johor.

Boleh sahaja rujuk kenyataan tersebut di atas yang ditandatangani Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden UPKO Madius Tangau.

Diimbas kembali dua pilihan raya di negeri yang telah diadakan terdahulu iaitu di Melaka dan Sarawak. PRN di kedua-dua negeri tersebut dikatakan dijalankan secara sederhana tanpa sebarang perhimpunan politik dibenarkan memandangkan situasi Covid-19 pada ketika itu.

Carta catatan sendiri kita lihat bahawa jumlah kes Covid-19 di negara kita telah mula meningkat sejak pertengahan Disember tahun lepas apabila antara 2,000 hingga 3,000 kes harian dicatatkan sebelum menunjukkan trend semakin naik pada hujung bulan tersebut.

Semalam, sekali lagi dinyatakan, 19,090 kes baru Covid-19 dicatatkan di Malaysia iaitu satu catatan atau jumlah tertinggi dalam hampir lima bulan ke belakang yang membawa kepada bacaan jumlah kumulatif kes Covid-19 kepada lebih 2.97 juta.

Kalau kes Covid-19 terus meningkat, ramai di luar sana yang berdoa agar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dikenakan lagi oleh Kerajaan.

Sekarang gelombang varian Omicron sedang melanda dan situasi untuk stay safe, stay at home rasanya sukar untuk dilakukan oleh kita semua.

Hanya patuhi prosedur standard operasi (SOP) yang masuk tahun ketiga yang menjadi praktis rakyat Malaysia.

Jangan lupa pakai pelitup muka, rajin-rajin sanitse, jaga jarak sekurang-kurangnya satu meter apabila berada di tempat awam. – SM

(Visited 270 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button