Politik

Khairuddin: PM serah pada pihak berkuasa ambil tindakan

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin menyerahkan kepada pihak pihak berkuasa  bagi menjalankan terhadap dakwaan Menteri Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali tidak menjalani kuarantin selepas pulang dari luar negara.

Muhyiddin turut menyerahkan kepada pihak pihak berkuasa yang berkenaan bagi mengambil tindakan sewajarnya mengikut proses undang-undang.

Muhyiddin dalam satu kenyataan berkata, Kerajaan Perikatan Nasional berpendirian bahawa setiap rakyat Malaysia adalah tertakluk di bawah undang-undang negara dan tidak ada sesiapa pun yang terkecuali.

“Kerajaan mengambil maklum dan memandang serius kes dakwaan pelanggaran perintah kuarantin oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Dato Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali setelah
beliau pulang dari Turki pada 7 Julai 2020.

“Kerajaan Perikatan Nasional berpendirian bahawa setiap rakyat Malaysia adalah tertakluk di bawah undang-undang Negara dan tidak ada sesiapa pun yang terkecuali.

“Sehubungan itu, saya serahkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan bagi menjalankan siasatan yang menyeluruh dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut proses undang-undang,” kata Muhyiddin.-SM

(Visited 200 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button