fbpx
Politik

PN tak boleh, PH tak apa – Najib

APA jua lantikan yang dibuat oleh Pakatan Harapan (PH) dalam kerajaan dan juga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ‘dibolehkan’

Namun, tidak kepada Parikatan Nasional (PN) apabila berlaku lantikan sedemikian, PH terus mengkritik dan mendakwanya sebagai kronisme dan nepostisme.

Hal demikian termasuklah sepucuk surat yang tular dalam media sosial dikaitkan dengan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalannya, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

“RAYkat perlu tahu bahawa nepotisme, kronisme dan lantikan politik hanya berlaku dalam Kerajaan PN.

“Ia tak berlaku dalam Kerajaan Gagalkrasi PH dahulu.


BACA > ‘Saya tidak tahu apa yang pernah saya buat untuknya’ – Suara Merdeka

“walaupun isteri kepada setiausaha politik PM7 (Perdana Menteri ke-7) dilantik pengerusi lembaga pengarah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

“Manakala anak menteri PH dilantik menjadi ahli lembaga pengarah.

“Alasan diberi PH kenapa isteri dan anak dilantik ialah mereka layak kerana mereka ada pengalaman meniaga.”

Demikian kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini dalam Facebooknya menempelak sikap pemimpin PH.

Beliau berkata demikian dipercayai menyindir kritikan yang dilemparkan pembangkang terhadap surat Ikmal Hisham kepada Ismail Sabri.

Dalam surat tersebut menyatakan, Ahli Parlimen Tanah Merah itu meminta anaknya dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Pharmaniaga.

Susulan itu, kedua menteri dan timbalan menteri mengakui hal tersebut.

BACA > Bayar denda lebih murah banding kos kuarantin – Guan Eng – Suara Merdeka

Bagaimanapun, Ismail Sabri kemudian menjelaskan, pernyataan setuju dalam tulisan tangan pada surat berkenaan tidak menandakan beliau setuju melantik.

Sebaliknya menyatakan pelantikan bukan urusan beliau untuk memutuskannya.

Namun, Ikmal Hisham kemudian memohon maaf dan mengambil iktibar atas penularan surat tersebut.

Beliau juga menyifatkan penularan tersebut sebagai satu salah faham.

Dalam pada itu, Najib Razak menambah, PH juga melantik beberapa individu dalam jabatan kerajaan.

Ini termasuklah lantikan Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas, Latheefa Koya dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Tan Sri Mohamad Ariff Md. Yusof sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“PH juga tak ganggu institusi-institusi utama negara.

BACA > Langgar kuarantin: Khairuddin perlu berlapang dada jika didakwa – Suara Merdeka

“Walaupun peguam swasta kepada akauntan gagal DAP dilantik Peguam Negara.

“Manakala pemimpin parti politik PAN dilantik Speaker Parlimen dan pemimpin PKR dilantik ketua pesuruhjaya SPRM.

“PH buat tak apa. Jangan orang lain buat,” katanya.

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button