Mahkamah

Kes palsu dokumen darjah kebesaran, wanita bergelar Datuk ditahan reman tiga hari

Gara-gara memalsukan dokumen Pengesahan Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Melaka kepada Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka seorang wanita bergelar Datuk dan seorang penjawat awam direman tiga hari bermula hari ini.

Majistret Nabihah Mohd. Noor mengeluarkan perintah tahanan reman sehingga 21 Oktober ini bagi mereka membantu siasatan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Kedua-dua tertuduh tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh kira-kira pukul 9.15 pagi menaiki dua kenderaan berasingan.

Menurut jurucakap SPRM, penjawat awam lelaki berusia 40-an ditahan pada pukul 8.00 malam tadi diikuti wanita berusia dalam lingkungan 30-an itu yang juga pengurus sebuah syarikat pelancongan ditahan 15 minit selepas itu.

Mereka berdua ditahan sebaik selesai memberi keterangan di pejabat SPRM di Alai di sini malam tadi.

Penahanan dibuat selepas kedua-dua mereka selesai memberi keterangan di pejabat SPRM di Alai di sini malam tadi.

Mereka ditahan kerana dipercayai telah mengemukakan satu dokumen yang mengandungi butiran matan palsu iaitu Surat Pengesahan Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Melaka kepada Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka untuk menjadi ahli majlis. – SM

(Visited 313 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button