Mahkamah

Saksi ke-79 ‘berangan’ dapat projek besar, keliru identiti Datuk Ruzi

Sambung bicara kes Ahmad Zahid

PROSIDING perbicaraan kes Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersambung hari ini.

Kes yang membabitkan Ahmad Zahid berkaitan dengan dakwaan pecah amanah dan rasuah melibatkan Yayasan Akal Budi sebelum ini telah menampilkan 78 orang saksi pendakwa.

Pagi ini barisan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menampilkan saksi-saksi baharu untuk memberi keterangan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Seperti biasa barisan peguam yang mewakili Ahmad Zahid diketuai oleh Hisyam Teh Poh Teik manakala pihak pendakwaan diketuai Ahmad Sazeele Abd. Karim.

Saksi ke-79, Ng Hong Sing, 55, tampil memberi keterangannya pagi ini.

Ng mengaku kepada Tmbalan Pendakwa Raya, Haris Ong Jeffrey Ong bahawa ada tiga perkara di dalam fikirannya apabila dia memberi derma atau sumbangan kepada Yayasan Akal Budi berjumlah RM6.6 juta.

Tiga perkara yang ada dalam fikirannya ialah pertama, menolong orang, kedua, jadi kawan dan selepas jadi kawan, boleh dapat projek. Itu diakui sendiri oleh saksi tentang tiga perkara yang bermain dalam fikirannya.

Berpendidikan sehingga tingkatan tiga, Ng memiliki 15 syarikat termasuk restoren, kereta terpakai dan antara syarikat miliknya, Kiosk Solution Sdn. Bhd., syarikat paling aktif.

Kata Ng, terdahulu, beliau memiliki syarikat Empire Digital yang kemudiannya ditukar nama pada Kiosk Solution.

Bilakah nama syarikat itu ditukar, Ng memberitahu pihak pendakwa raya, dia tidak ingat dan sebab mengapa nama ditukar ialah kerana dia lebih suka nama Kiosk Solution.

Jelas saksi itu lagi, tujuan Kiosk Solution ditubuhkan adalah untuk membuat bisnes berkaitan dengan Teknologi Maklumat (IT) dan software yang mana bidang IT didakwanya sebagai kepakaran syarikatnya.

“Projek ada, kecil punya,” kata saksi.

“Buat software kasi orang lain dan modal perniagaan tak banyak pada waktu itu… RM1,000 dan staff dua tiga orang dan ya. Saya sebagai Director (Pengarah),” kata Ng ketika menjawab soalan Harris Ong sambil menambah, hanya dia seorang yang tanda tangan cek.

Tahun 2000 sehingga 2015 Kiosk Solution kata Ng, tidak ada projek terbesar. Kiosk Solution, jelas Ng ditutup pada tahun 2015 kerana sudah tidak ada bisnes.

“Dan saya hutang orang duit banyak… dengan kawan-kawan. Saya hutang bukan dengan bank.

“Tahun 2017 akaun syarikat masih aktif kerana saya  masih cuba nak bisnes… pinjam duit sama kawan-kawan. Jadi, saya masih guna akaun itu,” katanya.

Kata Ng, MTM Network ditubuhkan bagi menjalankan perniagaan Teknologi Maklumat pada  tahun 2017.

“Nak dapatkan projek perlu ada dua tiga syarikat,” katanya.

Ng turut memberitahu mahkamah, pertemuannya dengan Datuk Ruzi di Kuantan, Pahang adalag melalui kawan.

Apabila Timbalan Pendakwa Raya meminta Ng menyebut siapakah nama kawan yang memperkenalkannya dengan Datuk Ruzi, beliau menjawab: “Susah mahu bagitau. Kalau bagitau, lain kali orang tak mahu tolong.”

Pada ketika ini, Hakim berkata kepada Harris Ong, “You ask him a question, he must answer.”

Setelah keberatan dan teragak-agak, akhirnya Ng berkata, “Nama dia Jamal. Ya. Lelaki Melayu. Nama penuh tak tau.

“Hubungan dengan Jamal sebagai kawan sahaja.”

Datuk Ruzi, dakwa Ng, orang kuat di Bagan Datoh dan maklumat itu, akui saksi ini lagi diperoleh berdasarkan apa yang orang bagi tahu.

Ng mengaku di Mahkamah bahawa beliau tidak kenal siapa Datuk Ruzi sebelum ini dan memaklumkan sekali lagi, pertemuan pertama antaranya dan Datuk Ruzi diperkenalkan oleh Jamal berlaku di Pekan, Pahang.

Sebagai saksi pendakwa, Ng faham apakah yang dimaksudkan apabila Datuk Ruzi suruh beliau buat donation atau beri sumbangan.

“Bila saya buat donation, saya boleh jadi kawan ke apa ke . Donation pada Yayasan Akal Budi untuk tolong orang yang susah..budak-budak yang susah.

“Apa kaitan Datuk Ruzi bagi donation baru kenalkan dengan tertuduh?” soal Harris Ong.

Jawap Ng, “Saya tak faham soalan… mahu jadi kawan TPM kena bagi donation.

“Saya tak tahu Yayasan Akal Budi siapa yang punya.”

Ng juga memberitahu Mahkamah, selepas dia diperkenalkan kepada Datuk Ruzi oleh Jamal, dia bertemu dengan Datuk Ruzi yang mengatur untuk berjumpa dengan tertuduh.

Menurut saksi, dia dibawa oleh Datuk Ruzi dengan menaiki kereta Ng manakala kereta Datuk Ruzi ditinggalkan di stesyen petrol Shell Sungai Besi dan dalam perjalanan menuju ke tempat pertemuan dengan tertuduh yang didakwa oleh Ng terletak di Country Heights, Kajang, Datuk Ruzi ada bercakap tentang pemberian sumbangan (derma).

Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong:  Bila Datuk Ruzi cakap bagi donation..apa jawapan kamu?
Saksi: Bolehlah, saya boleh buat donation sebanyak yang saya boleh.
Saksi: RM 1juta is too little. Saya kira-kira, boleh buat donation RM3 juta tapi dengan split payment (bayaran berperingkat-peringkat). Bukan satu kali.
Saksi: Itu kemampuan saya kuarkan duit.

(Peguam Hisyam Teh bagun membantah soalan berulang dan sama daripada Timbalan Pendakwa Raya. Kata Hisyam, statement is base on hear say. Bantahan Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong: Regarding Datuk Ruzi…Not hear say. More of collaboration if Datuk Ruzi is called.)

Ditanya apakah tertuduh ada menyebut jumlah sumbangan yang perlu diberi, kata Ng,
“Tertuduh tidak ada spesifik sebut berapa donation. Tertuduh kata, bagus ada niat buat donation bantu orang. Yayasan Akal Budi perlu wang untuk bantu ramai orang.”

Pertemuan Ng dengan Ahmad Zahid, menurut Ng berlaku antara lima ke enam minit, dikatakan oleh saksi di rumah tertuduh.Namum saksi sendiri terkeliru apabila ditanya, apakah semudah itu untuk masuk ke dalam rumah seorang Timbalan Perdana Menteri tanpa perlu meninggalkan kad pengenalan di pos pengawal (polis).

Ini kerana apabila disoal apakah Ng nampak pondok pengawal (polis) di rumah tertuduh, dia menjawab, Tidak ada.

Apa lagi perbualan Ng dengan saksi, soal Timbalan Pendakwa Raya.

Saksi: Kalau dapat projek IT..duit besar. Dia tanya saya cakap la bisnes apa yang saya buat. Tertuduh senyum aje bila saya kata bisnes duit besar.
Apa-apa urusan donation Datuk Ruzi uruskan.

Ng memberitahu mahkamah, nak projek besar, kena donate (sumbang) lebih.

“Itu perbualan saya dan Datuk Ruzi..,” kata Ng dan dibantah namun Timbalan Pendakwa Raya menegaskan, ini perbualan saksi.

Apabila saksi diminta membuat pengecaman di dalam mahkamah, siapakah Datuk Ruzi (Sheikh Rozi), Ng menjadi keliru dan silap identiti bukan sahaja wajah dan fizikal Datuk Ruzi yang berdiri ketika diminta berbuat demikian oleh Peguam tetapi keliru rumah siapakah yang dia pergi untuk berjumpa dengan tertuduh. Saksi juga keliru sama ada beliau berjumpa Ahmad Zahid atau tidak.

Ini kerana pada kelazimannya untuk berkunjung ke kediaman Timbalan Perdana Menteri bukanlah sesenang itu kerana perlu melalui pos pengawal (polis) dan perlu ditinggalkan kad pengenalan.

Saksi: 1st tolong orang. 2nd jadi kawan. Lepas jadi kawan boleh dapat projek. Itu dalam fikiran saya.

Ng mengaku, RM600,000 juga dimasukkan ke dalam akaun Lewis & Co untuk tujuan kempen pilihanraya pada waktu itu.

Dalam kenyataan bertulisnya Ng mengatakan bahawa Datuk Ruzi bagi jaminan jangan risau berkaitan dengan projek bahawa Ng akan memperolehi projek selepas pilihanraya.

“Datuk Ruzi dapat sikit komisyen. Sumbangan saya untuk make friend and try to get a project,” kata Ng.

Peguam Datuk Ahmad Zaidi
2 director dalam syarikat Kiosk Solution Sdn Bhd.. Ng dan Mr Wong Kim Fook.
Peguam: Dalam witness statement kata jumpa di Kuantan. Bukan di Pekan, Pahang.
Statement perenggan nombor 5 ni tak betullah.
Saksi: Ya tak betul.
Apa lagi yang tak betul dalam witness statement ni?
Saksi: Tak ada. Semua betul.
Peguam: Kenapa jumpa di Pekan?
Saksi: Itu saya tak tau la. Jamal. Tak tau Datuk Ruzi dari mana. Jumpa Datuk Ruzi lebih kurang pun 10 hingga 15 kali.
Peguam: Discribe ciri-ciri (gambaran fizikal) Datuk Fuzi, boleh?
Saksi: Boleh…5 kaki 5.. rendah. Badan dia sederhana. Nombor 3 punya gentlemen ..sorry Tuan Haji ( menunding ke arah Hisyam Teh sebagai bandingan fizikal.) Dia tak pakai kacamata. Baca baru pakai.
Peguam: Masa bagi keterangan di SPRM..ada pegawai tunjuk gambar Datuk Ruzi. Ada? Tapi tak tunjuk gambar Datuk Ruzi.
Saksi: Tidak ada.Tak pernah.

(Dalam mahkamah peguam minta Datuk Fuzi berdiri: Saya Syeikh Fuzi).

Peguam: Rujuk perenggan keenam .. Datuk Ruzi org kuat Datuk Seri?
Saksi: Kawan bagitau. Dapat information banyak orang bgtau. Kalau kenal ini org.. dengar drp kawan kawan. Tak tau betul atau tak.
Saksi: Ya betul.
Peguam: Ini diberitau oleh kawan Datuk Ruzi orang kuat Ahmad Zahid.
Saksi:  Ramai.. Albert. Tak tau nama penuh.
Peguam: Jamal.. Albert. Ada SPRM tanya Datuk Ruzi org kuat tertuduh.
Saksi: Dia tanya tapi saya tak bagi. Kita bisnes men kalau bagitau nama busuk tau.

Peguam: Januari 2016 Datuk Ruzi kata boleh kenalkan pd tertuduh.. kalau benar kenyataan itu.. itu Datuk Ruzi kata, bukan tertuduh

Saksi: Setuju.

Perbicaraan bersambung esok. – SM

(Visited 1,364 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button