JenayahNasional

Tempoh reman remaja 19 tahun dilanjutkan

Suspek ditahan kerana membuat perkongsian pornografi kanak-kanak

SEORANG remaja lelaki berusia 19 yang membuat perkongsian pornografi kanak-kanak ditahan Rabu lalu, dilanjutkan tempoh tahanan reman ke atasnya selama tiga hari lagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd. Zaid Hassan, suspek yang ditahan direman empat hari sejak Khamis lalu disambung hingga Rabu ini bagi membantu siasatan.

Terdahulu, suspek ditahan di sebuah rumah di Semenyih pada 16 Jun lalu pukul 6 petang manakala telefon bimbit miliknya dirampas.

Telefon itu dikatakan mengandungi gambar dan video untuk tujuan mempromosikan kegiatan tidak bermoral kepada umum serta pihak tertentu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan. – UTUSAN MALAYSIA – SM

(Visited 192 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button