fbpx
Nasional

Kerana mulut Muhyiddin BN, PN mungkin tewas di Sabah

Baru beberapa hari saya berbincang dengan  rakan-rakan bagaimana Tan Sri Muhyiddin Yassin sering bergelincir ketika berucap dan kurang peka dengan persekitaran.
Sekadar contoh ketika Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Sungai Limau, Muhyiddin mempersendakan bekas penyandang Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang juga Menteri Besar Kedah meninggal dunia selepas menjalani pemotongan kaki akibat kencing manis yang dihidapinya.
Muhyiddin ketika itu mengulas tentang kenaikan harga gula yang dimain oleh Pas dan menganggap ia adalah untuk kebaikan supaya orang ramai tidak mengambil gula dalam jumlah yang banyak sehingga mengidap kencing manis sebagaimana berlaku kepada Ustaz Azizan.
Di Sabah pula Muhyiddin membangkitkan bantuan tidak akan sampai kepada penduduk jika mereka memilih kerajaan yang tidak sehaluan dengan kerajaan persekutuan.
Isu itu sangat sensitif bagi penduduk di Sabah dan Sarawak.
Seorang blogger UMNO, Zaharin Mohd Yasin atau Sang Kelembai yang disiarkan di Facebook turut mengulas tentang keterlanjuran mulut Muhyiddin.
Catatan pagi Sabtu
Esok saya pulang ke Kuala Lumpur. Meninggalkan Kota Kinabalu. Selama 8 hari saya dapat meninjau gerak Pilihanraya Negeri di Sabah.
2. Pilihanraya Sabah kini kembali ke asal di tahun 1976. Kerajaan Persekutuan hendak menjatuhkan Kerajaan Negeri. Berbeza dahulu Parti USNO yang mahu ditumbangkan dan Parti Berjaya sama-sama dalam Barisan Nasional. Jika siapa kalah pun tidak menjejaskan Kerajaan Persekutuan. Hanya bertukar Ketua Menteri.
3. Salah satu senjata berat yang dibawa oleh Kuala Lumpur untuk menyerang Tun Mustapha Harun. Ialah pemimpin abang adik dalam USNO sendiri, termasuk Tun Fuad Stephen yang berhenti letak jawatan Yang Di Pertua Negeri atau kalangan Rakyat Sabah memanggil Yang Di Pertua Negeri dengan sebutan ‘Negara’. Dan beberapa Menteri yang berpengaruh saperti Haris Salleh dengan menubuhkan Parti Berjaya.
4. Tahun pilihan raya umum negeri 1981, USNO cuba menumbangkan Berjaya tetapi tewas. Sebab tewas, kerana ada perubahan di lakukan oleh Kerajaan Berjaya dalam soal Pembangunan di Sabah.
5. Parti Berjaya adalah satu-satu Parti yang menurunkan calon-calon berkelulusan tinggi dan cerdik pandai. Beberapa nama yang boleh di sebut saperti James Ongkili. Berbeza dengan USNO masih calon yang lama dan kurang latar belakang pendidikan tetapi mereka orang yang dikenali.
6. Kenapa Berjaya kalah teruk di tahun pilihanraya negeri 1985? Termasuk Ketua Menterinya Harris Salleh di DUN Tenom dengan seorang pemandu Jabatan Penerangan?
7. Sebab pembangunan memang dilakukan oleh Berjaya dan Haris Salleh, itu tidak boleh dinafikan. Tetapi bagaimana hubungan dia dengan rakyat? Dia menjadikan rakyat sebagai musuhnya. Dan kesilapan dia ialah memecat seorang anak muda pemimpin berpendidikan kelulusan undang-undang bernama Pairin Kitingan yang juga salah seorang Menterinya.
8. Maka di sini Najib Razak tidak belajar dari Sejarah. Dengan memecat seorang Naib Presiden dan Timbalan Presiden Parti UMNO. Kerajaannya tersungkur.
9. Kini Muhyuddin Yasin melakukan perkara yang sama. Dia tidak berapa tahu akan geografi politik Sabah termasuk psikologi politik dan sosio ekonomi politik Sabah.
10. Bila Muhyuddin Yasin bercakap dua isu yang di dua tempat berbeza. Nampak sangat dia menghadapi masalah ‘terlupa’. Dalam satu perjumpaan di meminta biarlah Kerajaan Negeri itu ada hubungan ‘intim’. Maksudnya macam laki bini. Intim di katil dan mesra diluar.
11. Tetapi ditempat lain, dia berkata pula ‘Kerajaan Persekutuan tidak akan membantu kewangan dan pembangunan di Sabah’ jika Kerajaan Negeri tidak selaras dengan Kerajaan Persekutuan.
12. Maka dengan kenyataan itu 40% pengundi atas pagar membuat keputusan tidak akan mengundi PN dan 20% pengundi yang hendak menyokong PN dan juga BN berpaling tadah.
Maka di mana hujah PN akan menang? Masalah kerana mulutnya Muhyuddin Yasin pengundi Sabah bukan sahaja tidak akan mengundi Perikatan Nasional tetapi juga membawa tidak mengundi Barisan Nasional/UMNO. Maka calon-calon Barisan Nasional menjadi mangsa yang bukan kesilapannya.
Nota: Barisan Nasional mempunya identiti yang berbeza dengan Perikatan Nasional. UMNO dan MCA, MIC tidak menyertai Perikatan Nasional.
Jangkaan saya Parti Warisan 37 kerusi. Parti Keadilan Rakyat 4 kerusi. Warisan DAP 4. Warisan PAN 1 kerusi. Jumlah paling rendah 45 kerusi akan dimenangi oleh Warisan dan sekutunya. Selebih itu bagi-bagikan antara BN, PN,PBS.LDP.
Sang Kelembai
September 19, 2020
Kota Kinabalu.

Show More

Related Articles

Back to top button