Nasional

Jadi wartawan, biar betul-betul, bukan sebar fitnah

BERHENTI jadi wartawan segera. Hentikan sebar berita palsu. Jadi wartawan yang terlatih dan berintegriti, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, bagi mengangkat profesion kewartawanan sebagai profesion yang mulia dan dihormati, bakal wartawan perlu mendapat secukupnya latihan formal dalam membentuk kepakaran, kebertanggungjawaban dan integriti.

“Wartawan yang dilatih akan mempunyai integriti, mendukung etika dan betobjektif dalam menghasilkan laporan mereka untuk masyarakat,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis Kemuncak sambutan Hari Wartawan Nasional ( Hawana) 2022 dan melunadkan upacara perasmian di Melaka, sebentar tadi.

Ismail Sabri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1juta disalurkan kepada Persatuan Wartawan Malaysia dan bekerjasama dengan kumpulan wartawan dari Indonesia demi memastikan profesion kewartawanan negara menuju ke arah yang positif dan membawa bidang kewartawanan kepada satu standard yang lebih tinggi. – SM


(Visited 37 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button