NasionalNegeripilihanPolitik

KJ Buat Lawatan Mengejut Di Hospital Kajang, Tiada ‘Top Management’ Yang ‘Cover’ Realiti

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) ditemani seorang pegawainya hari ini secara senyap-senyap membuat satu lawatan mengejut di Hospital Kajang.

Paling menarik, tiada ‘top management’ yang bertugas kerana hari ini adalah hari minggu dan amalan ‘cover’ realiti langsung tidak sempat dibuat.

Mana tidaknya, sebelum ini kita asyik mendengar desas-desus kakitangan hospital mendakwa ‘top management’ suka bermain wayang.

Namun dengan tindakan KJ lakukan, wargamaya memberikan pujian kerana KJ berpeluang melihat sendiri bagaimana keadaan hospital.

Dalam beberapa gambar yang tular, KJ dilihat beramah mesra dengan kakitangan hospital dan wargamaya berpendapat menteri lain harus mencontohi sikap KJ.

Dalam masa sama, wargamaya juga berpendapat sekiranya lebih ramai menteri mengambil pendekatan seperti ini, keadaan untuk rakyat mampu menjadi lebih baik pada masa akan datang.

(Visited 1,413 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button