Nasional

Kerajaan pantau rang undang-undang AS berhubung sekatan terhadap penyokong asing Hamas

KERAJAAN sedang memantau keputusan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat untuk meluluskan rang undang-undang mengenai sekatan ke atas entiti asing yang menyokong Hamas dan Gerakan Jihad Islam di Palestin pada Rabu.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, kementerian akan meneliti kandungan rang undang-undang itu secara menyeluruh sebelum mengambil tindakan lanjut.

“Keadaan di Palestin semakin buruk dan sehingga hari ini jumlah kematian yang dilaporkan ialah lebih 8,700 orang dan ini amat mengecewakan.

“Selain itu, jumlah mereka yang kehilangan rumah telah mencecah 14 juta individu secara keseluruhan dan ini amat menyedihkan.”

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis graduasi Diploma Diplomasi di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri di sini.

Beliau berkata penghantaran pertama bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza akan dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Arish, Mesir melalui penerbangan kargo sewa khas esok.

“Kami berterima kasih kepada pihak berkuasa Mesir kerana dalam masa yang singkat, mereka membenarkan bantuan dari Malaysia tiba.

“Biasanya bagi negara lain untuk sampai ke lapangan terbang Al-Arish ia mengambil masa beberapa hari, kira-kira lima atau enam hari tetapi dalam konteks Malaysia, kita mendapat sambutan dalam masa 36 jam sahaja.

“Ini membolehkan kami membuat persiapan untuk menghantar bantuan ke lapangan terbang. Pihak berkuasa Mesir akan mengambil tindakan susulan untuk menghantar barangan ke Rafah,” katanya.

Zambry menambah, Wisma Putra juga sedang berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan seorang rakyat Malaysia, Nurul Ain Haron dan suaminya yang telah berada di Gaza sejak 1 Oktober lalu.

“Kami juga telah menerima maklum balas mengenai kemungkinan laluan di Rafah akan dibuka bagi membolehkan orang dari luar negara dan mereka yang mempunyai dua kerakyatan untuk keluar,” katanya. -SM

Baca : Langkah positif kerajaan tingkatkan dana SJKP

(Visited 83 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button