fbpx
Politik

‘Kerajaan Baginda’ tidak sepatutnya diganggu-gugat

PAS menyeru parti-parti politik yang diberikan amanah untuk membentuk ‘Kerajaan Baginda’ agar memberi sokongan padu terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, kerajaan yang dipimpin oleh Muhyiddin itu tidak sepatutnya tidak diganggu-gugat bagi membolehkan ia berfungsi dengan baik dan efektif.

Tegas beliau, Jemaah Kabinet yang dianggotai oleh parti-parti BN, PN, GPS, PAS dan GRS perlu bertindak secara bertindak secara kolektif dan bertanggungjawab.

“Dengan memberikan keutamaan dan fokus kepada kesejahteraan rakyat, terutama di era sukar di mana
semua pihak berusaha bertungkus lumus bagi menangani penularan semula pandemik Covid-19 serta langkah memulihkan ekonomi negara yang teruk terjejas,” kata Takiyuddin.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan Pas menjunjung kasih terhadap Yang di-Pertuan Agong kerana membawa kestabilan terhadap negara.


“PAS merafakkan setinggi-tinggi junjung kasih ke hadapan KDYMM Yang diPertuan Agong atas kebijaksanaan dan langkah berhikmah Baginda menyelesaikan sebarang kemelut termasuklah politik, sehingga berjaya membawa kepada ketenangan, keharmonian dan kestabilan dalam negara.

“PAS yakin Baginda telah bertindak berdasarkan segala kuasa prerogatif dan budibicara sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan dan undangundang negara atas konsep Raja Berperlembagaan,” kata Takiyuddin.

Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin ketika ini dilihat agak terancam apabila Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah dua hari lalu.

Bagaimanapun Anwar tidak mengemukakan senarai nama Ahli-ahli Dewan Rakyat yang menyokong beliau untuk membentuk kerajaan baharu kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Dalam sesi yang berlangsung selama lebih kurang 25 minit ini, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim telah mengemukakan jumlah Ahli-ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau.

“Walau bagaimanapun, beliau tidak mengemukakan senarai nama Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mengukuhkan dakwaan tersebut,” kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin.

Kepimpinan Muhyiddin juga teruji apabila parti UMNO yang turut menjadi sebahagian daripada Kerajaan Baginda’ mengeluarkan kenyataan dua hari lalu mempertimbangkan untuk menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional.

Parti itu memberi syarat baru kepada kerajaan PN bagi meneruskan kerjasama politik secara bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.

“Umno membuat pertimbangan untuk menarik diri dari menyokong Perikatan Nasional dan akan memberi syarat baru kepada kerajaan PN bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin,” kata Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan.-SM

 

 

 

 

 

 

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button