NasionalPolitik

PM menghadap Agong sembah senarai Menteri Kabinet

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan tiba di Istana Negara pada pukul 8.22 pagi ini.

Menurut ciapan BERNAMA, Anwar dipercayai mempersembahkan senarai nama cadangan Menteri Kabinet kepada Yang Di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Semalam BERNAMA melaporkan Anwar sebagai berkata, perbincangan mengenai pelantikan barisan Kabinet kini hampir selesai dan berharap ia dapat diumumkan dalam masa terdekat.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dalam pada itu berkata, beliau akan menghadap Agong di Istana Negara esok, 2 Disember pukul 8 pagi. – SM


 

(Visited 140 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button