Hiburan

Persatuan Pereka Fesyen Malaysia (MODA) menganjurkan pameran fesyen 30 pereka

Persatuan Pereka Fesyen Malaysia (MODA) menganjurkan pameran fesyen melibatkan 30 pereka fesyen tempatan yang terkenal di dalam serta luar negara.

Pameran fesyen itu berlangsung dari 1 hingga 30 Disember 2022 dan bertempat di Pentas Utama Balai Seni Negara.

Menurut Presiden MODA, Melinda Looi, kesemua nama-nama hebat berkenaan merupakan para pereka fesyen yang terserlah dan aktif dalam melonjakkan industri fesyen Malaysia, serta mengambil peranan utama dalam memperkasakan Industri fesyen tempatan antabangsa.

Dalam masa yang sama MODA turut merasmikan buku coffe table yang bertajuk “Malaysian Fashion: A Journey in Calour’’.

“Naskah ini membawa coretan dan liputan sejarah perjalanan MODA sepanjang penubuhan persatuan ini selama 30 tahun.

“Buku coffe table itu turut menghimpunkan profile dan karya seni eksklusif 38 orang pereka fesyen terkenal tempatan yang terkemuka terdiri daripada ahli-ahli MODA,” katanya.

Ujar Melinda Looi jualan coffe book dan pameran fesyen terbuka kepada orang ramai dan para pelancong serta pelbagai program menarik turut disediakan oleh MODA.

“Antaranya Pertadingan “MODA-MIYO bagi kategori kanak-kanak yang akan memberi peluang kepada si cilik mengasah bakat kreatif mereka.

“Pertadingan ini juga terbuka kepada kumpulan seorang dan seorang kanak-kanak malah dua kategori disediakan untuk mencungkil bakat mereka, iaitu kategori junior untuk kanak-kanak yang berusia 4 hingga 7 tahun dan kategori primary dibuka kepada kanak-kanak yang berusia 8 hingga 12 tahun”, Jelasnya.

Sementara itu, pertadingan untuk Kategori Primary akan diadakan pada 3 Disember manakala untuk kategori Junir pada 4 Disember dengan tawaran hadiah utama berjumlah RM2,000.

Selain itu MODA turut menajurkan bengkel reka seni, trunk show, forum fesyen dan sesi perkongsian di Pentas Utama Balai Seni.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh layari https://www.artgallery.gov.my/ atau platform sosial media ‘MODA Malaysia’.

(Visited 432 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button