BanjirNasional

Sumbangan 500 pek makanan dari BNYV

PENGERUSI Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad Tan Sri Rozali Ismail terpanggil untuk membantu menyumbang 500 pek makanan kepada mangsa banjir di Negeri Sembilan.

Rozali berkata, makanan ini telah disediakan oleh Maahad Tahfiz Ismail bersama-sama penduduk Puncak Alam.

Mereka memasak makanan untuk diagih-agihkan kepada mangsa banjir di Negeri Sembilan.

“Program ini diadakan dengan kerjasama Barisan Nasional Youth Volunteers (BNYV).

“Penduduk Kampung Jerang, Kampung Mentaus dan Kampung Bemban di Jelebu yang menjadi mangsa banjir baru-baru ini menerima sumbangan pek makanan,” katanya.

Beliau berkata, jambatan yang menjadi laluan utama penduduk telah runtuh menyebabkan lebih 200 penduduk terputus hubungan. – SM

 

 

(Visited 290 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button