Nasional

Keputusan Mahkamah Tinggi benarkan penggunaan kalimah Allah: bawa ke Mahkamah Rayuan – Isham Jalil

KETUA Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil menyatakan pendiriannya dengan jelas lagi tegas, sebagai orang Islam, keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini yang membenarkan istilah Allah digunakan oleh agama lain dibantah sekeras-kerasnya.

Menurut Isham, perkara ini adalah perkara asas, “Saya tidak setuju dengan perkara ini. Saya cadangkan dibuat rayuan menidakkan keputusan Mahkamah Tinggi.

“Perkara ini tidak perlu tunggu menjadi mufti atau ustaz untuk komen. Perlu tahu ini adalah perkara tauhid,” katanya yang membuat komen secara langsung di Facebook beliau.

Dalam Islam konsep Allah tuhan itu satu, kata Isham dan surah Al-Ikhlas, ayat kulhuwallah iaitu “Katakan Tuhan itu satu, tidak beranak dan tidak diperanakkan.”

Isham menambah, dalam agama lain, konsep Tuhan mereka berlainan. Ada yang konsepnya tiga dalam satu atau trinity.


Kalau agama lain dibenarkan menggunakan kalimah Allah, ia menimbulkan kekeliruan dan tidak patut dibenarkan dipakai oleh agama lain, ujar beliau.

“Kalau kita lihat, ini isu dasar awam. Isu berkenaan public interest. Di Indonesia agama lain dibenarkan menggunakan perkataan Allah dalam bible, dalam publication mereka.

“Ia digunakan juga untuk memurtadkan orang Islam. Menggunakan kalimah Allah ini sebagai propaganda, disebut di sana Tuhan kepada agama mereka adalah Tuhan agama Islam.

“Definasi Tuhan mereka lain dengan Tuhan agama Islam. Jadi orang Islam murtad di sana kerana kekeliruan,” tegas beliau.

Public polisi dalam Islam, kata Isham lagi, murtad ini hukumannya capital (mati).

“Kita tidak mahu perkara-perkara yang menjejaskan ketenteraman awam berlaku di bawah.

“Katakan perkara ini digunakan untuk convert orang Islam kepada agama lain. Berlaku kekeliruan mengganggu ketenteraman awam.

“Orang jadi murtad dan akan ada perkara yang tak diingin berlaku. Saya secara peribadi tidak setuju jika kalimah Allah digunakan sebegini.

“Jadi, saya sarankan supaya mahkamah argue balik kes ini di Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan, perlu fight (lawan) perkara ini,” kata Isham lagi.

Beliau berkata, “Kita tidak mahu menjejaskan ketenteraman awam, buat kegusaran dan tidak tenteram di semua peringkat.

“Saya nyatakan ini bukan kerana ada kepentingan atau interest lain. Sebagai umat Islam, Tuhan itu satu.

“Jika dibenarkan diguna oleh agama lain, menyebabkan kegusaran oleh umat Islam,” kata Isham – SM

(Visited 715 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button