Nasional

Muhyiddin puas hati perkembangan kes Covid-19 tunjuk penurunan

Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) berpuas hati perkembangan terkini kes-kes Covid-19 dan kadar penggunaan katil wad unit rawatan rapi (ICU) yang telah menunjukkan penurunan.

Mesyuarat MPN yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin secara bersemuka buat kali pertama selepas dilantik ke jawatan tersebut telah mendengar pembentangan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

MPN turut berpuas hati dengan jumlah vaksin yang mencukupi untuk tujuan suntikan dos penggalak bagi semua penduduk dewasa seperti yang telah diputuskan sebelum ini.

Mesyurat tersebut turut diberi penerangan mengenai Pelan Pembukaan dan Pengoperasian Institut Pendidikan Tinggi Sesi Akademik 2021/2022 oleh Kementerian Pengajian Tinggi serta Laporan Penilaian Pembukaan Sekolah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sementara itu MPN meluluskan kertas cadangan untuk menubuhkan Majlis Pemulihan Negeri yang akan dipengerusikan oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri.

“Majlis Pemulihan Negeri berperanan untuk memastikan keputusan MPN dilaksanakan di peringkat negeri, memperaku strategi dan inisiatif pemulihan di peringkat negeri dan daerah, dan memantau impak pelaksanaan inisiatif pemulihan di peringkat negeri dan daerah.

“Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah sedia ada akan bertindak sebagai mekanisme pelaksanaan dan pemantauan inisiatif pemulihan negara di peringkat daerah.

“Cadangan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri dan mekanisme yang berkaitan akan dikemukakan kepada YAB Perdana Menteri dan Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan persetujuan,” kata bekas Perdana Menteri itu.

Dalam pada itu, melangkah kehadapan MPN akan menumpukan kepada pemulihan negara secara menyeluruh melibatkan pelbagai sektor dan kumpulan terkesan.

Sektor-sektor yang perlu diberikan keutamaan dalam proses pemulihan terutamanya aktiviti ekonomi yang paling memberikan sumbangan kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, sektor yang paling banyak menyediakan pekerjaan dan sektor yang paling terjejas akibat penularan COVID-19.

MPN juga meneliti bantuan yang boleh disediakan kepada perniagaan, usahawan mikro, kecil dan sederhana untuk bangkit dan meneruskan perniagaan; masalah kemiskinan pasca pandemik dalam kalangan penduduk bandar dan luar bandar dan kumpulan rentan dan bentuk bantuan yang boleh disediakan.-SM

(Visited 165 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button