Rencah Hidup

Lim Kok Wing meninggal dunia

AHLI perniagaan, Tan Sri Lim Kok Wing, 75 tahun dilaporkan meninggal dunia.

Menurut portal FMT, pembantu kepada pengasas Universiti Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing  mengesahkan kematian beliau hari ini namun enggan memberikan maklumat lebih lanjut.

Minggu lalu, dilaporkan Kok Wing telah dimasukkan ke hospital selepas terjatuh tetapi berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu, Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing  dalam satu kenyataan berkata, universiti itu bersedih dengan kematian pengasasnya.

“Berwawasan, karier Tan Sri identik dengan kreativiti dan beliau membantu mengembangkan pendidikan inovatif ke peringkat global, memperkasakannya terutama di negara membangun.

“Kami merasa rendah hati dengan ucapan takziah dan sokongan yang disampaikan oleh banyak pihak dan meminta privasi ketika kami meratapi lelaki yang sangat kami banggakan ini,” katanya dalam satu kenyataan. -SM

 

(Visited 538 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button