Nasionalpilihan

Baru 12 tahun, tapi dah bergaduh sebab berebut abang angkat

BARU berusia 12 tahun, tetapi sudah mula bergaduh semata-mata kerana rasa cemburu kerana mempunyai hubungan dengan abang angat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes tersebut kira-kira pukul 9.26 malam semalam.

“Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun mengadu telah dipukul seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia lingkungan 12 ke 13 tahun.

“Kedua-dua mereka adalah rakan sekolah dan kejadian itu berlaku kerana rasa cemburu antara hubungan pengadu dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai abang angkat,” katanya.

Menurut Mohamad Fakhrudin, akibat pergaduhan itu, pengadu telah mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan.

Jelasnya, hasil siasatan awal mendapati kejadian telah berlaku di kawasan tangga sebuah pangsapuri di Kelana Jaya.

“Semasa kejadian, terdapat rakan suspek yang merakam perbuatan tersebut dan ditularkan ke aplikasi media sosial suspek,” katanya.

Tambahnya, kes kini kini sedang disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. -SM

(Visited 574 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button