Nasional

Ujian saringan Covid-19 dari rumah ke rumah

KERAJAAN Selangor akan mempertimbangkan cadangan pelaksanaan ujian saringan COVID-19 dari rumah ke rumah, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Bagaimanapun, beliau berkata, perkara itu bergantung kepada jumlah anggota sukarelawan kerana ia memerlukan pasukan yang ramai.

“Jika mahu lakukan ujian dari rumah ke rumah, kita memerlukan pasukan yang lebih besar,” katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Kempen Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin bagi mengutip derma untuk rakyat Palestin, di sini hari ini.

Sementara itu, Amirudin berkata, Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin itu satu daripada usaha kerajaan negeri menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin dengan sasaran mengumpulkan derma sehingga RM1 juta daripada orang ramai.

“Kutipan tabung ini akan disalurkan dalam bentuk ‘Selangor Aid Truck’ (SELaid) dan juga ambulans serta keperluan perubatan lain.

“Keseluruhan kutipan hari ini (semalam) berjumlah RM223,957.77 dan akan dimanfaatkan Global Peace Mission Malaysia untuk mangsa di Palestin.

“Saya berharap orang ramai turut sama menyumbang demi menyatakan sikap kita dan membantu rakyat Palestin tanpa mengira latar belakang agama dan kaum,” katanya. – BERNAMA

(Visited 120 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button