Nasional

Tabung Haji Plantations jual aset besar-besaran?

Tabung Haji (TH) melalui TH Plantations (THP) dilaporkan sedang melakukan penjualan asetnya secara besar-besaran.

Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muzmi Mohamed yang menjelaskan aktiviti tersebut sebagai pelan rasionalisasi THP.

Menurutnya, sebanyak 76.2 peratus ladang yang tidak menunjukkan prestasi dijual bagi mengimbangi hutang yang ditanggung syarikat itu.

Bagaimanapun, tindakan itu dipersoal Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa Kementerian Kewangan dan TH enggan membantu THP.

“Adakah TH serta Kementerian Kewangan tidak dapat atau tidak dibenarkan untuk membantu jika TH Plantations mengalami kejatuhan harga sawit masa itu?

“Kerugian yang dialami TH Plantations pada 2018 dan awal 2019 adalah disebabkan langkah mereka tukar jurunilai yang menggunakan andaian jauh berbeza,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas laporan pelan rasionalisasi THP yang diterbikan akhbar Berita Harian hari ini dalam akaun Facebooknya.

[BACA ARTIKEL] Semua dana Tabung Harapan diguna bayar hutang 1MDB – Guan Eng – Suara Merdeka

[BACA ARTIKEL] Kerajaan tanggung RM10.3 bilion pelan penyusunan semula dan selamatkan Tabung Haji – Suara Merdeka

Tambah Najib, THP sebelum ini tidak pernah mencatatkan kerugian sejak 2006.

MUZMI MOHAMED

Menurut beliau, Muzmi turut melaporkan THP mempunyai keluasan ladang lebih 100,000 hektar sebelum beliau menjadi CEO.

Berbanding 2006, ketika itu THP hanya mempunyai 15,000 hektar ladang.

“Adakah ini alasan untuk TH Plantations jual balik 76.2 peratus ladang dan mengurangkan saiz ladang mereka dari 101,000 ke 24,000 hektar supaya hutang boleh berkurang?

“TH Plantations tak pernah mencatat kerugian dari tahun 2006 hingga 2017 sebelum PH ambil alih pada tahun 2018,” ujarnya.

Jelas Najib lagi, THP tidak wajar menjual asetnya bagi tujuan pengimbangan hutang kerana harga sawit dunia kembali pulih.

“Kos breakeven point minyak sawit THP adalah sekitar RM2,150 satu tan dan harga sawit dunia sekarang telah memulih ke RM2,900 tan.

“Ini bermakna operasi TH Plantations kembali untung. Dan jika ianya kembali untung, kenapa perlu teruskan penjualan aset secara besar-besaran?” soalnya. – SM

(Visited 173 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button