Nasional

Kempen derma darah sempena Hari Malaysia terima sambutan baik

KEMPEN derma darah anjuran Vedha’s Indian Cuisine dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) sempena Hari Malaysia menerima sambutan baik, semalam.

Kempen yang berlangsung di Kota Kemuning, Shah Alam menepati sasaran PDN, dengan pelbagai lapisan masyarakat yang hadir dan menderma darah bagi menjayakan usaha tersebut.

Ia berlangsung mulai jam 9.00 pagi sehingga 3.00 petang bertempat di kenderaan bergerak PDN yang diletakkan berhadapan dengan bangunan Vedha’s Indian Cuisine.

“Berjaya menepati sasaran Pusat Darah Negara. Pelbagai lapisan masyarakat hadir dan menderma darah untuk menjayakan kempen ini. Walaupun cuti yang panjang, kehadiran para penderma cukup membanggakan.


“Cuaca panas dan hujan tidak menjadi halangan. Semua petugas Pusat Darah Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersemangat, mesra dan cekap dalam menjalankan tugas,” kata Vedha’s Indian Cuisine menerusi kenyataan.

Dalam pada itu, Vedha’s Indian Cuisine dalam kenyataan itu menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan kempen derma darah semalam.

(Visited 37 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button