Politik

Ismail Sabri mempunyai road map jelas keluarkan negara daripada kemelut Covid19 – KJ

SEJARAH akan mengenang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai bekas Perdana Menteri yang berjasa terutama dalam kejayaan beliau mengeluarkan negara dari kemelut pandemik Covid-19 dan mencipta kestabilan politik dengan pembangkang.

Dalam podcast Keluar Sekejap episod 44 yang dimuat naik pada Isnin, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Shahril Hamdan senada mengakui kehebatan Ismail Sabri menstabilkan politik dan pembukaan ekonomi negara selepas berdepan krisis kesihatan global.

“Saya nak cakapkan tentang masa kita keluarkan negara daripada lockdown. Tahun 2021 bulan Ogos, saya dilantik sebagai Menteri Kesihatan dan pada waktu itu Datuk Seri Ismail Sabri mempunyai road map yang jelas untuk keluarkan negara daripada kemelut pandemik Covid-19.

“Mungkin sebelum itu, kita boleh argue keputusan-keputusan yang dibuat oleh kerajaan sama ada betul ataupun tidak, sama ada lockdown kita terlalu extreme, sama ada pengurusan pandemik kita dibuat dengan bagus ataupun tidak tetapi saya berpendapat dan bukan hanya untuk diri saya.

“… tetapi selepas Ogos 2021 dengan peningkatan kadar vaksinasi dengan satu usaha untuk kita panggil reopening safely saya telah usahakan bersama dengan Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Tengku Datuk Seri Zafrul dan juga Tan Sri Annuar Musa dalam Jawatankuasa Kuartet Menteri Covid-19.

I think we got most of the big calls right and PM Datuk Seri Ismail Sabri gave us the mandate, memberi mandat kepada kita untuk melaksanakan dan saya rasa oleh kerana persekitaran politik, ramai yang lupa tentang usaha yang kita telah buat untuk meletakkan Malaysia pada a strong footing pada tahun 2022,” jelas Khairy.

Susulan itu, Shahril mencelah dan bertanya Khairy adakah sejarah akan lebih adil kepada Ismail Sabri?

Tanpa ragu, Khairy menegaskan sejarah akan mengenang Ismail Sabri dengan adil dan baik.

“Ya, I think so because kalau kita tengok dalam tempoh setahun lebih beliau jadi Perdana Menteri, selain daripada Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA) yang telah menstabilkan politik, selain daripada pembukaan ekonomi negara kita, dia punya slogan pun bukanlah slogan yang mengancam mana-mana pihak, Keluarga Malaysia bro, I mean how neutral can you get?

“… dan juga beberapa reformasi yang dia telah bawa dalam bentuk undang-undang di Parlimen. I think history will be very kind to him,” ujar Khairy.

Artikel berkaitan > UMNO darah daging Ismail Sabri, tentu turun padang berkempen

 

(Visited 92 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button