Politik

Sambutan terhadap BN semakin meningkat

SOKONGAN secara terbuka kepada Barisan Nasional (BN) sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Umum di enam buah negeri semakin jelas kelihatan walaupun di negeri-negeri tertentu yang menjadi kubu kuat parti pembangkang.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berdasarkan respon yang diperolehnya ketika turun berkempen di beberapa lokasi di Negeri Sembilan dan Terengganu.

“Saya sudah pergi ke beberapa tempat seperti di Negeri Sembilan, dua kawasan Parlimen iaitu Kuala Pilah dan Tampin. Saya pergi ke Terengganu di Besut.

“Nampak progressnya begitu baik. Saya lihat dari segi tempat ke tempat yang saya pergi, sokongan secara terbuka kepada Barisan Nasional amat jelas, walaupun negeri-negeri tertentu seolah-olah parti lain itu begitu kuat tapi apabila saya pergi, sambutannya amat memberangsangkan.

“Jadi saya rasa ini merupakan isyarat kepada undi yang akan diberikan 12 Ogos nanti,” katanya selepas menghadiri program Kenduri Rakyat di Felda Sungai Kelamah di sini malam tadi.

Turut hadir, Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa dan calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemencheh, Suhaimizan Bizar.

Ismail Sabri yang juga Ketua UMNO Bahagian Bera berkata, sukar untuk menjangkakan gelombang yang sama dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 turut berlaku dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

“Saya mungkin tak pergi ke semua negeri tetapi di kawasan yang saya pergi seperti di di FELDA Sungai Kelamah, sambutannya meriah dan responnya begitu positif pada BN.

“Di sini dan juga Besut merupakan kubu UMNO. Jadi sambutan yang memberangsangkan dan saya harap sambutan di sini dan Terengganu sama di tempat lain,” katanya. – SM 

Artikel berkaitan > UMNO darah daging Ismail Sabri, tentu turun padang berkempen

(Visited 226 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button