Politik

UMNO darah daging Ismail Sabri, tentu turun padang berkempen

“Saya UMNO… masih lagi… memang saya akan turun sokong calon BN.” Demikian pengakuan bekas Perdana Menteri tetapi bukan Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kempen calon-calon Barisan Nasional (BN)-Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos ini.

Bekas perdana menteri itu membuktingan sokongan kepada UMNO dengan turun padang untuk berkempen bagi calon Barisan Nasional.

Ismail yang juga bekas Naib Presiden parti itu menegaskan kepada pemberita bahawa sudah tentu beliau bersama-sama UMNO.

“Saya Umno… masih lagi… memang saya akan turun sokong calon BN,” katanya semasa bertemu warga DUN Senaling bersama calon, Ismail Lasim di Flat Sentosa.

Ismail mengingatkan pemberita bahawa beliau masih seorang pemimpin UMNO iaitu Ketua Bahagian Bera, Pahang walaupun sebelum ini tidak menyertai pemilihan Naib Presiden.

Beliau berkongsi dengan pemberita bahawa DUN Senaling adalah persinggahan pertamanya, diikuti Johol dan Tampin.

Ismail juga sempat mempromosikan calon BN itu sebagai wakil rakyat yang berpengalaman. – SM

BACA PRN bakal penentu akar umbi terima DAP atau tidak – Ismail Sabri

(Visited 120 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button