Politik

Diundang ke mesyuarat MKT UMNO: Isham Jalil ganti Tajuddin?

SELEPAS ditamatkan serta merta jawatan yang tidak wujud dalam akta parti, Isham Jalil dijemput hadir ke mesyuarat MKT UMNO malam ini.

Bekas Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Negeri Selangor itu telahpun menyatakan persetujuannya untuk hadir ke mesyuarat ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO di World Trade Centre, Kuala Lumpur.

Undangan itu jika diteropong dari jauh, nampak seolah-olah ada kaitan dengan pengguguran Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli MKT UMNO.

Permainan politik yang dihidangkan juga mengundang persoalan, adakah graduan Harvard ini akan menggantikan tempat Ahli Parlimen Pasir Salak sebagai ahli MKT UMNO.

Semalam UMNO Online bertuah kerana dapat mengundang Isham Jalil sebagai tetamu untuk siaran live mereka.

Isu ayam jadi topik perbicaraan Isham dan masalah ekonomi dalam pentadbiran turut disentuh oleh Isham dalam mencuit Menteri ekonomi, Azmin Ali.

Kata Isham semalam, semua benda berkait dan tidak boleh nak tukar dasar.

Seperti bercakap di atas pentas politik pilihanraya, Isham lantang bersetuju dengan tajuk pilihan perbualan malam tadi, tunggu apa lagi.

Apapun, butir mesyuarat MKT UMNO malam ini pasti menghasilkan sesuatu kepada parti dan ahli terutamanya Isham.

Buat kesekian kalinya, kata Isham, “sebagai ahli UMNO dari akar umbi, saya akan bantu parti dengan apa yang termampu untuk kepentingan rakyat dan negara.” – SM

 

(Visited 178 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button