JenayahNasional

Raja Bomoh & Long Tiger Sama-Sama Bahaya Kepada Negara Namun Berbeza Darjat?

Selesai isu pemegang kad UNCHR, Long Tiger yang bersembunyi di rumah pondan dan ditangkap, muncul pula isu baharu daripada individu yang mendakwa dirinya sebagai Raja Bomoh.

Paling kasihan, sudahlah dahulu pernah muncul buat ritual yang hampir serupa, angkat kelapa dan teropong guna buluh, kononnya untuk mengintai kedudukan MH370 yang hilang.

Namun sampai ke sudah kehilangan pesawat itu masih jadi misteri dan apa yang diucapkan Raja Bomoh dan pasukannya suatu masa dahulu kekal jadi jenaka yang persendakan agama.

Mentang-mentang kali ini musim tengkujuh dan banjir besar banyak terjadi dalam negeri-negeri Malaysia, Raja Bomoh muncul dan kali ini bersama Puteri Pasir Berdengung.

Katanya semasa mereka sampai ke pantai itu, air sedang pasang dan setelah melakukan ritual menolak banjir dan bala, air di pantai itu mulai surut.

Lalu sayur-sayuran yang dihanyutkan ke laut mengikut arus air dikatakan tidak dihalang oleh apa-apa sebab memanglah, dalam laut bukannya ada jengkaut sampah atau lampu isyarat.

Kalau fikir logik, golongan ini sangat bermasalah dan boleh membawa kepada kerosakan akidah jika tidak dibanteras, lebih-lebih lagi akhir zaman ini iman manusia pun semakin tipis.

Maka tidak mustahil ada yang boleh terpesong dan tersesat mengikut ayah pin, syiah, wahabi, qadiani, perjalanan mimpi yang terakhir dan sebagainya.

Kadang-kala penulis lihat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) seprti tidak memainkan peranannya yang bersungguh-sungguh atau kaki tangan yang ada cuma kerja tunggu gaji?

@suaramerdeka19

Mujur takde menteri pakai topi bomba jer!

♬ original sound – Suara Merdeka – Suara Merdeka

Kang nanti kalau rakyat yang bertindak, dikatakan langgar undang-undang dan kenapa tak diserahkan kepada pihak berkuasa namun sayangnya, perkara ini bukan sekali dua.

Satu sahaja rumusan yang rakyat boleh buat akan perkara ini bahawa menteri ke, ahli politik ke, agensi yang berkaitan ke, kalau mereka tidak ambil tindakan, bukankah itu tandanya ke arah subahat?

Takkanlah orang bersubahat nak mengaku subahat, takkanlah orang syiah nak mengaku syiah, takkanlah orang wahabi nak mengaku wahabi, takkanlah orang sesat nak mengaku sesat.

Kalau begitu sampai bila-bila mahkamah yang ada boleh jadi berat sebelah.. nak tunggu orang mengaku bersalah atau menafikan tindakan dia? Pi mai pi mai tang tu jer lah!

(Visited 543 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button