Nasional

Sasar 40,000 peluang pekerjaan menjelang hujung 2020

PEMBANGUNAN Sumber Manusia Berhad (PSMB atau HRDF) menyasarkan 40,000 peluang pekerjaan disediakan menjelang hujung tahun ini.

Menerusi program Penjana HRDF, sebanyak RM2 bilion peruntukan menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dimanfaatkan dengan melaksanankan lima inisiatif baharu.

Inisiatif tersebut adalah, penempatan dan latihan; peningkatan kemahiran dan latihan kemahiran baharu dan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Selain itu, pembangunan B40 dan gerak insan gemilang (GIG).

Walaupun dalam situasi kelembapan ekonomi akibat serangan pandemik Koronavirus (Covid-19), peringkat awal pelaksanaan mendapat sambutan baik dalam kalangan majikan.

BACA > Isteri bukan kaki kikis – Mawi — Suara Merdeka

“Saya difahamkan, PSMB sasar untuk menyediakan 40,000 peluang pekerjaan di bawah inisiatif ini.

“Saya juga berasa kagum, belum sempan dilancarkan, sudan 10 organisasi dan syarikat mewakili industri masing-masing tampil menyatakan hasrat mereka untuk menjalin kerjasama dengan HRDF.

“Hari ini sahaja sebanyak 20,000 peluang pekerjaan telah pun sedia untuk ditawarkan. Melihat kepada perkembangan positif ini, saya percaya lebih banyak lagi peluang pekerjaan dapat dihasilkan,”

Demikian ucapan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan dalam majlis pelancaran program Inisiatif Penjana HRDF di Kementerian Sumber Manusia, hari ini.

Tambah beliau, program ini merupakan pelan pemulihan awal ekonomi terutama dalam sektor pekerjaan bagi mengurangkan impak kadar pengangguran.

BACA > Rebut apa sahaja peluang pekerjaan – M. Saravanan — Suara Merdeka

Tambahnya, peningkatan kadar pengangguran yang dihadapi Malaysia akibat Covid-19 merupakan impak global yang turut dialami negara lain seluruh dunia.

“Semoga dengan usaha pada hari ini, tidak akan ada rakyat yang tercicir dari arus perdana ekonomi negara.

“Adalah menjadi harapan saya, rakyat yang mendapat manfaat daripada inisiatif ini akan mampu menjana pendapatan secukupnya bagi menampung keperluan isi rumah masing-masing.

“Ini sekali gus akan menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.

BACA > Rizab antarabangsa BNM berjumlah US$102.8 bilion — Suara Merdeka

“Saya juga berharap agar inisiatif terbaik ini dapat dihebahkan dan disampaikan kepada masyarakat agar lebih ramain yang beroleh faedah di bawah Penjana,” ujarnya. – SM

(Visited 469 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button