Nasional

6 Ahli Parlimen pembangkang mula dirakam keterangan

Enam Ahli Parlimen pembangkang dijangka akan dirakam keterangan sehingga petang ini secara bergilir-gilir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi mulai pagi ini.

Mereka dipanggil berbuat demikian susulan berhimpun di Dataran Merdeka pada Isnin lalu sebagai reaksi bantahan kepada penangguhan Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng mendahului senarai Ahli Parlimen pembangkang yang dirakam keterangan.

Beliau hadir pada pukul 10 pagi ini dan dijangka diikuti Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil setengah jam kemudian.

Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua dijadualkan dirakam percakapan pada pukul 11 pagi ini.


Dua lagi wakil rakyat masing-masing dari DAP dan MUDA bakal memberi keterangan pada pukul 2.30 petang.

Mereka ialah Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. – FMT – SM

(Visited 146 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button