NasionalNegeri

Patuh SOP sambut Pesta Kaamatan, hati-hati Covid-19

PESTA Kaamatan akan disambut oleh masyarakat Sabah esok. Jadi, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Joachim Gunsalam mengingatkan seluruh rakyat negeri itu agar sentiasa patuh SOP ketika meraikan pesta itu esok dan Isnin nanti.

Menurut Joachim, rakyat Sabah disarankan agar tidak mengadakan sebarang aktiviti perkumpulan secara fizikal seperti berhimpun bersama keluarga dan rakan sepanjang sambutan perayaan itu selama dua hari bagi memastikan pandemik Covid-19 tidak menjangkiti orang lain.

Kata beliau lagi, semua masyarakat dijemput menyambut perayaan Kaamatan dengan penuh kesederhanaan dan memupuk semangat perpaduan sesama sendiri.

“Marilah kita tunjukkan semangat ini dengan lebih bekerjasama,” katanya dalam satu kenyataan sambil meminta semua pihak akur dan patuh SOP yang telah ditetapkan bagi memutuskan rantaian Covid-19 selain memastikan kadar kes jangkitan Covid-19 tidak bertambah.

Untuk rekod, Sabah hari ini mencatat 265 kes jangkitan baharu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 61,847 kes manakala kes sembuh dan dibenarkan keluar hospital seramai 152 orang menjadikan jumlah kumulatif pesakit sembuh di Sabah ialah 59,391.


Joachim berkata, rakyat Sabah seharusnya bersyukur kerana masih berpeluang menyambut Pesta Kaamatan walaupun berdepan cabaran sukar Covid-19. – SM

(Visited 46 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button