Nasional

Ketua UMNO Kuala Nerus Pengerusi PTPTN baharu

KETUA UMNO Kuala Nerus, Apli Yusoff dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang baharu berkuat kuasa 18 Julai, baru-baru ini.

PTPTN dalam kenyataannya berkata, Apli diamanahkan untuk mengetuai agensi itu selama dua tahun bagi menggantikan Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan yang tamat kontrak pada 17 Jun lalu.

Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri Yaakob menyerahkan surat lantikan kepada Apli di Parlimen semalam yang turut disaksikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad.

Apli, 52, berkelulusan Ijazah Kepujian Kejuruteraan Bahan dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1994 merupakan Ahli Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Ahli Lembaga Pengarah SME Corporation Malaysia dan Ahli Lembaga Pengarah MARA Incorporated Sdn Bhd.

Beliau juga merupakan Presiden Squash Racket Association of Terengganu dan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu.


“Beliau sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai pengerusi Tati Production Sdn Bhd dan Ahli Lembaga Pengarah PTB Securities Sdn Bhd.

“Semoga dengan pengalaman beliau dapat membantu PTPTN menjadi agensi kerajaan yang disegani sekali gus merealisasikan usaha PTPTN sebagai peneraju tabung pendidikan utama negara,” kata PTPTN. – SM

(Visited 92 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button