Nasional

Kementerian Pertahanan perkasa TVET dalam kalangan anak-anak tentera

KEMENTERIAN Pertahanan sedang mengusahakan pelbagai pendekatan untuk memperkasakan anak-anak tentera dengan Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) terutama mereka di peringkat pengajian tinggi.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata mesyuarat telah diadakan dengan Petronas dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk merangka latihan berkaitan TVET dan program pemadanan pekerjaan untuk anak-anak tentera.

“Kementerian menyediakan beberapa skim bantuan pendidikan di peringkat diploma dan ijazah khususnya di bawah Yayasan Tabung Lembaga Angkatan Tentera (LTAT), selain bantuan one-off kepada mereka yang melanjutkan pelajaran ke universiti.

“Ini adalah kumpulan yang agak besar tetapi hanya segelintir yang memilih untuk menyambung pelajaran dalam bidang TVET dan sebelum ini, kita juga telah memberi tumpuan untuk memperkasakan TVET dalam kalangan anggota pertahanan yang bakal bersara,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa, disini semalam.

Beliau berkata pemerkasaan TVET dalam kalangan anak-anak tentera bukan semata-mata menyediakan latihan yang sesuai untuk mereka tetapi juga untuk melahirkan sumber manusia yang mahir dan berkualiti khususnya untuk industri tempatan.

Ini selaras dengan aspirasi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan pengerusi Majlis TVET Kebangsaan, untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan khususnya dalam bidang TVET. – SM

Artikel berkaitan > 60 syarikat gergasi dan multinasional diminta biayai TVET-PM Anwar Ibrahim

(Visited 88 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button