NasionalPRK

Bukti muafakat nasional diterima dan tanda protes rakyat kepada PH

KEMENANGAN Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Tanjung Piai membuktikan Muafakat Nasional diterima rakyat.

Ia juga menunjukkan protes oleh rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan yang selama ini tidak dipedulikan mengikut janji-janji yang telah dilontarkan .

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menyifatkan kemenangan BN itu sebagai kemenangan rakyat.

“Saya merasakan kemenangan ini adalah kemenangan rakyat. Ia adalah suatu signal yang cukup jelas bahawa rakyat oleh mereka (PH), memperlihatkan protesnya kepada kerajaan yang ada sekarang ini,” .ujarnya kepada pemberita sebaik sahaja pengumuman keputusan PRK Tanjung Piai, di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di Pontian malam tadi.

BN merampas kerusi kerusi Parlimen Tanjung Piai selepas calonnya Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng memenangi pertembungan enam penjuru dengan majoriti 15,086 undi.

Barisan Nasional (BN) menawan semula kerusi Parlimen Tanjung Piai selepas calonnya Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng memenangi persaingan enam penjuru pada pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu dengan majoriti 15,086 undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Parlimen Tanjung Piai, Zulkifly Mohd Tahir pada pukul 9.16 malam, selepas selesai proses penjumlahan undi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini, malam ini.

Bekas wakil rakyat Tanjung Piai dua penggal daripada MCA itu memperolehi 25,466 undi mengalahkan pencabar terdekatnya, calon Pakatan Harapan (PH) Karmaine Sardini yang memperolehi 10,380 undi.

Empat calon lain pula hilang wang deposit kerana memperolehi undi kurang dari satu perlapan atau 12.5 peratus daripada keseluruhan undi dikira.

Calon Gerakan Wendy Subramaniam memperolehi 1,707 undi, calon Parti Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz memperolehi 850 undi sementara calon Bebas Dr Ang Chuan Lock mendapat 380 undi manakala Faridah Aryani Abdul Ghaffar sekadar mendapat 32 undi.

Daripada jumlah 38,815 undi yang diterima, 595 undi ditolak manakala 30 undi tidak dikembalikan.

Majoriti yang besar itu juga kata Ahmad Zahid adalah di luar jangkaan dan menandakan rakyat telah kembali kepada BN.

“Majoriti 15,086 adalah kejayaan luar jangkaan dan bagi kami ia adalah satu anugerah dari Allah SWT kerana semua parti telah berusaha, berdoa dan yang penting ia adalah satu keputusan yang telah dimuktamadkan oleh rakyat. Ertinya rakyat kembali bersama-sama dengan BN.

“Peningkatan tentunya datang dari pengundi-pengundi Cina di mana 42 peratus di Tanjung Piai ini adalah pengundi berketurunan Cina dan ini merupakan satu bukti bahawa pengundi Cina telah kembali memberikan dokongan kepada BN.

“Dan tentunya ia adalah satu signal untuk rakan-rakan dalam parti-parti komponen sesungguhnya BN adalah parti yang relevan apatah lagi PAS dalam Muafakat Nasional lebih merelevankan lagi kerjasama dalam kumpulan parti pembangkang di negara ini,” katanya.

Katanya,, PRK Tanjung Piai ini cukup penting buat Muafakat Nasional, BN khususnya MCA dan parti-parti lain seperti Pas, MIC dan rakan-rakan BN yang lain.

“Kita merasakan ini adalah suatu referendum kecil ke arah usaha BN dan Muafakat Nasional dan parti-parti sahabat untuk menuju ke Putrajaya,” tambahnya. – SM

(Visited 81 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button