Parlimen

Kembalikan segera mandat rakyat, undi percaya boleh dilakukan – Ahmad Zahid

DEWAN Rakyat merupakan merupakan pentas terbaik untuk menstabilkan situasi politik dalam negara.

Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sama ada terdapat usul undi percaya atau sebaliknya ia perlu diuji di Dewan Rakyat.

Menurutnya undi percaya  terhadap kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin boleh dilakukan oleh pihak Kerajaan.

“Jika ini tidak dapat dilakukan kerana kekangan peraturan mesyuarat sesuatu mesti dipersesuaikan dengan urusan kerajaan mesti diutamakan.

“Biarlah kerajaan sendiri yang menjadikannya sebagai urusan yang diutamakan iaitu menjadikan usul undi percaya dibawa ke dewan yang mulia ini,” kata Ahmad Zahid dalam sesi perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Presiden UMNO itu juga berkata, proklamasi darurat di seluruh negara dalam apa juga bentuk bukanlah satu pilihan kepada negara.

Sebaliknya mandat perlu diserahkan dengan segera kepada rakyat.

“Secara ideal keterlibatan rakyat hendaklah diberikan keutamaan. Ianya hendaklah dikembalikan kepada rakyat sesegera mungkin. Suara rakyat suara keramat. Dari rakyat kita diberi mandat kepada rakyat juga kita serahkan mandat.

“Dalam perkara ini kita ketepikan perbedaan sama ada disebelah sini atau di sebelah sana, demi rakyat demi dewan yang mulia ini. Marilah bersatu hati untuk melihat mandat rakyat harus diberikan semula dan mandat rakyat mandat keramat,” kata Ahmad Zahid.

Dalam perbahasannya, Ahmad Zahid turut mengingatkan rakan-rakan politik supaya berlaku jujur antara satu sama lain.

Tegas beliau, penterjemahan terhadap kejujuran bukan hanya sekadar persetujuan lisan tetapi terhadap pelaksanaan,

“Tiada soalan siapa yang berbudi atau siapa yang terhutang budi. Tetapi bagaimana kebersamaan harus diterjemahkan.

“Soal tipu muslihat politik hendaklah diketepitan apabila kejujuran politik diberikan keutamaan, jangan ada tunjuk lurus kelingking berkait.

“Jadilah seperti air dalam pembentung. Biarpun airnya berkocak namun airnya tak akan tumpah keluar jika penutupnya adalah kejujuran,” nasihat Ahmad Zahid.

Justeru beliau meminta rakan politik mengambil pengajaran terhadap sirah Perjanjian Tahkim yang berbentuk muslihat politik Muawiyah bin Abu Suffian dan Abu Musa Al-Asya’ari tidak berlaku antara mereka.

Katanya, kejatuhan empayar dahulu berlaku apabila pemimpin-pemimpinnya merasakan diri mereka popular dengan melupakan soal-soal pokok dan mengutamakan isu-isu furuk atau cabang.-SM

(Visited 224 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button