Nasional

Kebakaran memusnahkan tiga rumah kedai dua tingkat di Kuantan

TIGA unit rumah kedai dua tingkat musnah dalam kebakaran di Lorong Tanjung Api 12 berhampiran Kampung Tanjung Api di sini malam tadi.

Tiada mangsa cedera dalam kebakaran pada 7.20 malam itu.

Sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.23 malam, Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan menghantar tiga jentera bomba dan lima anggota bomba ke lokasi kejadian.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kebakaran merebak dengan pantas memaksa mereka meminta bantuan daripada balai bomba Indera Mahkota dan Gebeng.

“Lapan jentera bomba daripada balai bomba Kuantan, Indera Mahkota dan Gebeng dikerahkan ke lokasi kejadian bersama 28 anggota bomba.

“Jabatan menggunakan teknik ‘Aerial Ladder Platform’ dan ‘water tower’ bagi mengawal kebakaran daripada merebak ke arah bangunan berhampiran.

“Tiga unit rumah kedai dua tingkat itu terbakar 100 peratus namun penghuninya selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulfadli berkata, siasatan mengenai punca kebakaran dan tahap kerugian sedang dijalankan. – SM

(Visited 306 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button