Nasional

Tun Ariffin ketuai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021.

Beliau mengetuai 19 ahli jawatankuasa yang lain yang turut dianggotai bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Samsudin Osman, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai dan bekas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Turut dilantik bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Prof. Tan Sri Dr. Mohamad Taha Arif; Pakar Bedah Jantung Tan Sri Dr. Yahya Awang dan Presdien Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia Tan Sri Ter Leong Yap.

Juga dilantik Pro-Canselor Universiti Cyeberjaya Tan Sri Dr. R. Palan, bekas Timbalan Pendakwaraya Pejabat Peguam Negara Datuk Seri Sallehuddin Saidin, Mufti Perlis Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, Pakar Kesihatan Awam Prof. Datu Dr. Andrew Kiyu Dawi anak Usop dan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman.

Jawatankuasa itu turut dianggotai enam ahli Parlimen tiga terdiri ahli Parlimen Kerajaan dan tiga ahli Parlimen Pembangkang iaitu Tan Sri Noh Omar (Tanjung Karang), Datuk Seri Rohani Abdul Karim (Batang Lupar), Datuk Azizah Mohd. Dun (Beaufort), Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh (Pasir Putih), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (Kulim Bandar-Baru), Anthony Loke Siew Fook (Seremban) dan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor).


Ahli Jawatankuasa tersebut telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurut Pejabat Perdana Menteri jawatankuasa berkenaan ditubuhkan di bawah Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 berperanan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat besar di Malaysia dan penamatannya.-SM

(Visited 101 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button